Aina melihat jam ditangannya tepat pukul 7 pagi sambil memandang ke kiri dan kanan. Dia akan lambat, keluh dihati sendiri.
" Mana pulak bas nie?, aku dah lambat, selalunya dah lalu. Nie pukul 7.15 pagi pun tak lalu-lalu lagi. Aina mengomel sendiri sambil melihat jam ditangannya, Tiba-tiba aina memandang sebuah kereta mewah memperlahankan dihadapan bus stop tempat aina menunggu. Aina tertanya - tanya siapa pemandunya. Tiba - tiba cermin kereta diturunkan,
" Apa yang kau tercegat duduk tu ahh!" tempek aidil sambil tersengih dengan angkuhnya.
" Oh, kau aidil, balas aina. Dia pun bangun dan menjengahkan muka dicermin kereta.
" Wah, kau aidil dapat kereta baru lagi, sambil melihat - lihat kereta mewah tersebut.
" Alaa, kau pun tahukan mama aku, masuklah, aku hantarkan kau pergi kerja, kau dah lambatkan", balas aidil sambil menyuruh aina masuk ke dalam.
" Yeke.. Thanks aidil, teruja aina lalu dia pun menaiki kereta tersebut.
" Syukur, Allamdulillah nasib ada kau aidil, kalau tak lambat laa aku masuk kerja, pastu kena marah dengan bos", gomel aina kepada aidil.
" Takde hal lah.. tu laa kau, aku suruh kau kerja dengan papa , kau tak nak jual mahal sangat !", kata aidil sambil menolak kepala aina dengan lembut. Mereka berdua ketawa kecik sambil memandang sesama sendiri.
...................................................................................................................................................................
Jam tepat pukul 1.00 tengahari, tiba - tiba ada seseorang mencuit bahu aina.
" Wei, tak mahu pergi lunch ke?". Aina terkejut lalu menoleh, rupa - rupanya kawan sekerja dia, fazura. Fazura seorang yang ceria, baik hati dan jujur. Mereka bekerja bersama selama 3 tahun dan datang dari kampung yang sama.
" Kau ni faz, buat aku terkejut tau", aina mengurut dadanya sambil mengeluh lega. Dia melihat jam ditangannya, sudah pukul 1.00 tengahari.
" Patutlah perut aku dah menyanyi nie, jomlah faz, kau nak pergi makan dekat mana" aina tersenyum.
" Kita pergi tempat biasalah", ajak fazura ke tempat yang biasa mereka makan.
Ketika digerai makan, fazura cuba mengusik aina. Didalam hati fazura tertanya - tanya siapakah gerangan jejaka yang menghantar aina pagi tadi. Adakah kekasihnya atau saudaranya. Fazura sangat musykil kerana setahu dia aina hanya mempunyai seorang nenek sahaja. Dan kalaulah jejaka itu kekasihnya mesti fazura akan tahu kerana selama ini apa saja cerita atau rahsia mesti aina akan beritahu dia.
" Aina, boleh aku tanya kau satu soalan?" fazura mula ingin mengorek.
" Tanya satu soalan?, kau nak tanya apa", balas aina sambil makan.
" Yelah, sebagai kawan baik kaukan, aku musykillah siapa lelaki yang hantar kau pagi tadi, pakai kereta mewah lagi itu" usik fazura.
Pandangan aina bersahaja melihat kawan baiknya yang sangat teruja menanti jawaban aina. Dia pun ketawa kecik melihat fazura yang agak terpinga - pinga menanti jawaban darinya.
" Ooh.. itu kawan, tak ada maknanya boyfriend" jawab aina dengan selamba.
" Betul ke? kau tak pernah bagitahu aku pun yang kau ada kawan lelaki dekat luar, baik kau bagitahu aku siapa mamat tu" balas fazura dengan nada akan bengang dengan sikap aina yang tak acuh itu.
" Okay - okay, dia anak kepada bekas majikan nenek aku, kita orang dah kenal dari kecik lagi" jawab aina dengan selamba.
" Nanti lepas kerja aku singgah rumah kau, aku cerita hal sebenar dekat kau, okay", sambung aina dengan senyuman sinis.
Selepas itu mereka pun pulang ke tempat kerja dan mereka menyiapkan tugas - tugasan mereka.